Maaf kesulitan melayari laman Prokhairy.com

Anda boleh melayari laman ini melalui http://www.prokhairy.blogspot.com Terima Kasih kerana melayari blog kami.admin: Bro Jinggo

Saturday, January 31, 2009

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Kenapa Kelab ini memilih YB Khairy Jamaluddin…

Mungkin Khairy (KJ) tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.

Beliau juga merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan ‘karisma’ dan kebijaksanaannya dalam politik, terdedah kepada politik global, berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi ‘world figure’.

Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf ‘global’.

Inilah untungnya bila mereka yang mahu menjadi pemimpin dapat menguasai ilmu pengetahuan, kaedah analisis dan idea-idea alternatif yang dapat menghadapi kemaraan mereka dalam menghadapi dunia tanpa sempadan akibat boleh berfikir secara ‘lateral thinking’ mengikut Edward De Bono.

Kita memerlukan seorang ketua pemuda yang berani lagi lantang di persada politik masa kini yang boleh membela nasib orang melayu… seorang ketua daripada golongan yang eklusif dan bangsawan yang sukar didampingi perlu di tolak untuk memimpin pemuda UMNO malaysia…. hanya mereka yang pernah melalui kesusahan memahami jiwa rakyat kebanyakkan terutama melayu kita… Manifesto setiakawan yang diperkenalkan oleh Khairy, menggambarkan perjuangan persahabatan dengan tujuan utama untuk mengurangkan jurang antara akar umbi dan pemimpin.

Ayuh… marilah kita semua ketepikan sebarang tanggapan yang kurang elok terhadap beliau. Kita fikirkan secara rasional. Beliau amat-amat berkemampuan untuk mengambil alih tugas yang bakal ditinggalkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda UMNO. Insya’ Allah sekiranya YB Khairy Jamaluddin berjaya dalam pemilihan kelak, Pergerakan Pemuda UMNO akan kembali perkasa dalam menjadi tulang belakang perjuangan UMNO itu sendiri.

HIDUP Khairy… teruskan perjuangan mu.. Allah bersama dengan mereka yang ikhlas… Selamat Berjaya dan selamat menjalankan tanggung jawab mu…

Salam Setiakawan

Bro Jinggo
Pengerusi ProKJ Fan Club

2 comments:

ahlang said...

salam bro
tahniah di-atas pelancaran rasmi ProKJ Fan Club..
satu usaha murni tok menyatukan blogger seluruh malaya tok menangkis tomahan yg tak tau bile nak berenti..

sy ader beberape cadangan yg x seberapa ini:

1.chat room. pd pendapat sy chatroom sekarang kita tidak boleh mengawal chatters. cuba bro jinggo tgk link http://www.cbox.ws/. klik pd upgrade.tp features upgrade memerlukan bayaran

2.menyediakan slot khas bersama saudara YB KJ kita.. sama ader online mahu pun offline

3.menyediakan yahoogroups atau yg setaraf dgn nya tok info yg lebih pantas..

itu hanya cadangan sy yg x seberape

salam setiakawan
-ahlang-

Bro Jinggo said...

Salam Ahlang...

Terima kasih diatas cadangan oleh Ahlang...Saya amat menghargai cadangan dr Ahlang... Jika kita tidak dapat melakukan sekarang tapi kita boleh guna untuk masa2 hadapan...

Insyaallah kami akan usahakan... memandangkan Club kita masih baru lagi, saya cadangkan biarlah buat masa ini Admin menjadi Rukun tetangga buat sementara waktu... Insyaalllah kita akan upgradekan chat room kita dari masa ke semasa...

Sekiranya Ahli lain mempunyai cadangan yang membila boleh kemukakan diruang comentar...