Maaf kesulitan melayari laman Prokhairy.com

Anda boleh melayari laman ini melalui http://www.prokhairy.blogspot.com Terima Kasih kerana melayari blog kami.admin: Bro Jinggo

Wednesday, March 4, 2009

'Saya sombong? Taklah...' – KJ

Sekiranya tidak terpilih, Khairy berkata: “Saya akan terus melakukan kerja saya (sebagai ahli Parlimen) dan saya tiada masalah dengannya.”


Calon ketua Pemuda Umno itu juga menjelaskan bahawa beliau telah lama sampai ke tahap 'tidak boleh berpatah balik lagi' dalam perjalanan politiknya.

Mengulas salah anggap terhadap dirinya, beliau berkata, masih banyak perkara yang tidak difahami tentang dirinya.

'Seorang pendiam'

“Baru-baru ini saya bertemu seorang pengendali laman blog popular. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini, kali pertama, tetapi beliau sudah lama menulis tentang saya.

“Perkataan pertama beliau kata tentang saya ialah, oh, anda lebih tinggi daripada yang saya sangkakan. Bagi seseorang yang sudah lama menulis tentang saya, beliau tidak sedar pun (ketinggian) saya enam kaki. Cuba anda bayangkan ketidakselarasan antara realiti dan persepsi,” katanya.

Diminta menjelaskan siapakah Khairy yang sebenar, beliau menyifatkan dirinya sebagai produk generasi ini – satu generasi yang kompleks - (tetapi) tidak terpisah dengan akar sejarah dan dalam masa yang sama, mementingkan identiti etnik masing-masing.

Khairy juga menafikan bahawa beliau sombong dan kurang mendengar (pandangan orang lain), tetapi sebaliknya menyifatkan dirinya seorang yang pendiam. Beliau juga berkata, tidak banyak perkara yang boleh membuatkannya marah akhir-akhir ini.

Ditanya sama persepsi terhadapnya disebabkan beliau banyak bercakap tetapi kurang mendengar, beliau berkata: “Saya tidak tahu. Mendengar itu bagus. Saya tidak tahu semua perkara dan saya juga tidak berpura-pura tahu semua perkara.”

“Anda empat orang mewawancara saya, sudah tentu saya perlu bercakap,” katanya berseloroh.

Dalam wawancara siri kedua ini, Khairy turut ditanya pandangannya tentang langkah melompat parti dan kekecohan dan kebuntuan politik di negeri Perak.

'Am I arrogant? I don't think so' - KJ

Me, Pak Lah and the 4th Floor boys

Khairy, Pak Lah dan 'budak' Tingkat Empat


Sumber : Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

Saya berharapa agar Y.B terus tabah dalam situasi politik mutakhir ini. Kami doakan agar Y.B dapat menjadi Ketua Pemuada UMNO ini aadalah kerana Y.B satu satunya pemimpin pemuda yang kuat dan mempunyai pengaruh. Semoga Y.B dapat Merakyatkan Pemuda UMNO.

The Infininity

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Salam,
Apabila KJ tidak berada dalam senarai kabinet Najib, ini satu peluang untuk beliau memberi tumpuan pada usaha menarik kembali golongan muda kepada UMNO. Situasi ini juga memberi peluang KJ menyatukan semula semua pihak yang bersaing dalam jawatan UMNO baru-baru ini.

Perlantikan Mukhriz adalah wajar sebagai timbalan menteri adalah wajar memandangkan beliau tiada tugas rasmi dalam UMNO.

Manakala Khir Toyo ada tugas berat dan perlu dibantu bagi menawan semula hati pengundi di Selangor.